Powered By Blogger

Tuesday, 25 June 2013

Prof Dr Muhaya Mohamad

Bismillah


Kalau rasa down, cukup kurang 24 jam je. Tak perlu lama-lama

Aku pun decide nak buat sesuatu untuk bantu boost up aku punya motivasi kan? Banyak lah aku bukak video, Brian Tracy, Jim Rohn, Kalau nak yang best dari segi kerohanian, bukak lah video Ustaz Don, Dr Fadzilah Kamsah ataupun Prof Dr Muhaya.
Siapa yang tak kenal dengan pemberi inspirasi no 1 Malaysia ni, kalau dengar beliau mula berbicara kita akan rasa tenang dan bahagia. Butir-butir percakapannya sangat menyentuh hati-hati manusia yang azalinya baik-baik. Seolah-olah emak bercakap pada anak-anakya. Ketegasan dalam kelembutan. Alhamdulillah, aku beruntung kerana mengenali mereka sejak dari sekolah lagi. Beliau adalah Pof Dr Muhaya yang merupakan juga ibu kepada 2, Dr Aniah dan Dr Atiyah.

Prof Dr Muhaya yang aku kenali adalah merupakan seorang pakar mata dan pensyarah perubatan yang sentiasa memberi inspirasi dan memberi aura positif kepada pesakit dan pelajar-pelajarnya. Apabila sakit, kita akan bertemu doktor, doktor akan tanya simptom sakit dan seterusnya akan beritahu keadaan badan kita dengan sangat ringkas dan terus suggestkan ubat kepada kita betul tak? Kesudahannya sakit pun lambat baik. (kebanyakan doktor, tidak semualah)

Tapi apabila bertemu dengan Prof Dr Muhaya, dan aku percaya ramai doktor jugak sudah mempraktikkan hal ini, tapi belum pernah berjodoh dengan aku. Prof kebiasaannya akan mulakan dengan ramah mesra dan apabila mengenalpasti keadaan mata (sebab dia doktor mata, kan?) kalau tidak serius, beliau akan memberi kata-kata pujian yang membuatkan kita semangat dan tidak tersaiko terlalu lama dengan keadaan mata yang sakit tapi tidak serius tu. Kalau keadaan yang teruk pula, prof akan bertanya-tanya tentang perilaku terhadap suami/isteri atau orang lain. Ataupun lifestyle sebelum ini. Dengan tujuan boleh semak kembali kepada kemungkinan punca sakit.

Teringat kepada kata-kata alim ulama hasil perkongsian di Facebook,

Sekiranya hari itu, anak dan isteri ku berlaku buruk padaku, aku akan semak maksiat apa yang telah aku lakukan dan segera melakukan taubat kepada Allah.

Masya Allah, itulah yang sepatutnya kita sebagai manusia beri perhatian, yang mana kita terus tidak menyalahkan orang lain, sebaiknya lihat diri sendiri duluMacam yang Prof selalu pesan di setiap ceramahnya,

Audit diri kita dulu sebelum nak nilai perilaku orang lain

Betullah kan? Aku selalu fikir, kalau banyak sangat tengok kesalahan orang lain, kita tak kan nampak kesalahan sendiri. Best, serius, kalau korang down ke apa ke bukak je youtube taip Dr Muhaya. Aku suka dengar pengisian prof sebab beliau selalu sentuh tentang pendidikan anak-anak. Banyak info baru untuk aku yang anak baru seorang, kurang pengalaman. Sebelum nak displin anak, baiki sikap kita dulu.

Oklah sebenornya, kali ni nak share sikit info yang saaaaangat best khusus untuk isteri-isteri sekalian. Perkongsian daripada Prof Dr Muhaya, saje share kat sini sebab insaf wehh, sejak jadi isteri selalu garang-garang kat abang. Sobbbssssss

Tips menjadi isteri yang efektif serta yang bahagia dan membahagiakan

1. Fizikal yang sihat

Roh yang suci dan baik dalam tubuh kita nak kena jaga sentiasa, sebab secara tak langsung akan menggerakkan abdan untuk melakukan aktiviti dan kerja harian. Penting, isteri dulu nak kena sihat sebab nak jaga suami dan anak-anak. Boleh imagine tak bila sang isteri sakit? Habis kalut seluruh rumah. Macammana nak jaga fizikal badan supaya sihat? Sudah semestinya lah pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Isteri nak kena tahu tentang nutrisi, menyediakan yang terbaik untuk isi rumah. Suami tukang bagi ongkos je, memang mengharapkan isteri semata. Dunia sekarang yang isteri berkerjaya kadang sempat masak kadang tak sempat masak, kadang beli yang segera-segera je, jadi di mana tanggungjawab kita sebagai seorang isteri yang perlu bijak menyediakan makanan terbaik untuk seisi keluarga?

Prof ada sebut, kalau boleh keluarkan sedikit bajet untuk makanan tambahan yang punya nutrisi tinggi dengan, zaman sekarang demand terhadap makanan terlalu tinggi, menyebabkan proses kematangan buah, sayur atau haiwan terpaksa dicucuk dah sudah tidak dijamin keneutralannya. Manakala, tanah dulu dan sekarang dah tak sama lagi daripada segi pencemaran dan sebagainya.

Selain daripada tu, nak kena pastikan jugok, peminuman air yang cukup dan senaman at least satu kali seminggu dan jadikannya sebagai tabiat seisi keluarga. Syiok!

Jika kita tiada masa untuk sihat, kita perlu ada masa untuk sakit



2. Mental yang sihat

Minda memainkan peranan yang penting untuk menentukan fokus kita setiap hari. Seringkali emosi kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif di luar sana. Apabila minda tak stabil, emosi jadi tak keruan, kesudahan sikap kita buruk menyebabkan orang sekeliling jadi rimas dengan kita, betul tak?

Jadi minda yang sihat berasal daripada tabiat kita yang sihat daripada segi pemilihan 

- buku dan majalah yang kita baca, bantu bina minda,
- solusi cara pemakanan yang sihat dan halal
- rancangan tv yang menuju ke arah pemikiran yang baik
- aktiviti/event/seminar yang kita hadiri yang melengkapkan diri dengan ilmu dan seterusnya aplikasi kedalam kehidupan sebenar

Jadi, semak semula berapa banyak pelaburan yang kita buat ke arah perkara-perkara di atas? Melabur ke arah minda dan rohani yang baik insya Allah beratus kali ganda manfaatnya. Contoh ke arah pendidikan anak yang baik dan betul. Anak adalah amanah Allah dan bukan hak kita, dan anak juga sebuah pelaburan terbesar dalam dunia ini. Manfaatkan mereka.

3. Kerohanian

Sentiasa dalam hati, 'saya ingin menjadi hamba Allah yang baik setiap hari'. Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah. Taat perintahnya. Bertaubat segera sekiranya melakukan kesalahan, manusia selalu lupa dan leka, kita tak pernah sempurna.

4. Hubungan dengan manusia

Hubungan suami, isteri, anak-anak, ibu dan ayah dan sesama manusia lain. Akhlak aset terpenting seorang manusia.

Pada saat kita rasa lebih baik daripada orang lain, nauzubillah, saat itu kehidupan dan amalan kita adalah sia-sia

Ambil contoh hubungan dengan suami. Setiap hari hargai suami masih di sebelah menemani kita. Sentiasa sebut kebaikannya dan sabar dengan perangainya yang kadang-kadang merimaskan hati seperti, tak sidai tuala, tak tutup lampu dan pintu bilik air, dan macam-macam tabiat lagi. Elak kritik tabiat tersebut depannya, Allah bayar setiap kesabaran tu. Malah puji-puji suami atas kemahirannya menyelesaikan macam-macam masalah. Hormat suami macam raja. Ego tu buat musnah rumah tangga je. Lama mana nak ego, suami takdak, kelam kelibut jadinya kita hari tu. Sentiasa ingat suami adalah jantung hati kita.


5. Kewangan

Isteri elak pakai dan guna barang mahal. Cantikkan bahagian dalam, hati, rohani dan fizikal, insya Allah luaran orang tengok kita cantik dan tenang hati sokmo. Ingin cantik luaran, tu nafsu manusia. Keutamaan adalah kesihatan dan pelaburan jangka masa panjang iaitu anak-anak. 

Isteri kena pandai menguruskan kewangan. Bukan KAWAL, tapi URUS DENGAN BAIK. Insya Allah apabila kewangan diatur dan disalurkan kepada perkara-perkara yang manfaat, Allah beri kita keuntungan berlipat kali ganda. Sabar, jangan tunggu hasil dalam jangka masa pendek. Allah bagi kot macam-macam cara dan bila-bila masa. Wallahu'alam

Korang bayangkan eh, Prof Dr Muhaya dahlah seorang pakar mata yang sangat sibuk dengan appointment operation LASIK di Prince Court tu kan. Tambah lagi, seorang pemberi inspirasi kadang-kadang hampir di seluruh Malaysia. Jadi, apa rahsia beliau kekal bertenaga dan cantik sepanjang masa?

Rahsia Prof Dr Muhaya kekal cantik dan bertenaga

1. Of courselah, minda kena sentiasa positif, bahagia dengan membahagiakan orang lain. Semuanya bermula dari dalam diri sendiri dulu.

2. Pemakanan yang baik untuk rohani dan fizikal. Suka aku nak share kat sini pemakanan untuk fizikal beliau, antara yang menjadi pilihan di hati adalah, prof mengamalkan pemakanan nutrisi Herbalife! Di mana-mana perkongsian prof akan sarankan penggunaan nutrisi  Herbalife sebagai pilihan yang tepat untuk semua peringkat umur.

Antara nasihatnya kepada umum,

"Pilihan makan pagi kita hari ini menentukan kesihatan kita esok""Ubah diri jadi manusia nutrisi bukan manusia toksik"




Alhamdulillah  rasa syukur berpeluang dengan insan positif begini. Cubalah try duduk 10-20 minit dengan beliau. Insya Allah berkobar-kobar semangat. Duduk je tak yah sembang apa. Memang terasa aura beliau. Allah hantarkan insan-insan begini untuk membentuk komuniti yang sihat minda sihat rohani. Alhamdulillah terasa nikmat sangat kalau diri selalu positif, berada dalam kelompok positif, orang saling support eact other, tiada cakap-cakap hal orang lain, masing-masing sibuk improve diri dan attitude masing-masing. Fuh. Nak tahu kat mana je boleh dapat suasana tu? Semestinya gathering pengguna Herbalife! Nak cuba? Jomlah!

Bagi yang sentiasa inspirasi dengan Prof, apa kata ikut saranan prof untuk jaga pemakanan dengan mulakan sarapan pagi anda dengan sarapan pagi sihat dengan Herbalife? Mulakan hari anda dengan senyuman dan sarapan pagi sihat Herbalife!

Akhir kata daripada prof,

Rajin-rajin minum air masak atau teamix HERBALIFE mengikut keperluan badan. 

Bagaimana nak tahu keperluan air untuk badan? Hubungi 012 927 9692 untuk analisa kesihatan

Nak positif input lagi? Nah baca belog wanita muda berjiwa kental ni. Umur beliau baru 24 tahun tau. Masya Allah salah seorang insan Allah hantar untuk diri ini menjadi lebih baik. Klik link di bawah untuk lihat bagaimana hidup kita daripada nothing kepada something. Perubahan 360 darjah!

No comments:

Post a Comment